KESUMA tambah baik Akta 4 dan Akta 800 PERKESO

KESUMA tambah baik Akta 4 dan Akta 800 PERKESO


BANGI – Penambahbaikan ke atas Akta 4 dan Akta 800 sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sebagai usaha memperluaskan liputan perlindungan keselamatan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua setiausahanya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, perkara itu sedang dilaksanakan dari masa ke semasa bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Katanya, Akta 4, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 adalah bagi memberi perlindungan kepada pekerja sektor formal termasuk pekerja asing dan pekerja domestik.

Manakala Akta 800, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 pula melindungi pencarum yang kehilangan pekerjaan.

“Semakan semula akta-akta tersebut sedang berjalan dan libat urusnya melibatkan beberapa kementerian serta pihak berkepentingan.

“Kita sasarkan hasil kajian dan penambahbaikan cadangan ini untuk dibentangkan pada tahun ini,” katanya.

Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud ditemui selepas merasmikan Majlis Konvensyen Pendidikan dan Penyelidikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Konvensyen Pendidikan dan Penyelidikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 di sini hari ini.

Tambah Khairul Dzaimee, inisiatif pelaksanaan kedua-dua akta itu bagi menyahut seruan Kerajaan Madani yang mempunyai elemen empati dan simpati.

“Ia selari dengan hasrat KESUMA untuk memperkasakan perlindungan sosial termasuklah isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“KESUMA juga mementingkan aspek lain seperti membantu mereka yang mengalami kemalangan di tempat kerja yang sekaligus memperkasakan lagi sistem keselamatan sosial menerusi PERKESO,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, penambaikan sedang dilaksanakan oleh PERKESO khsusunya dari segi mempercepatkan pemprosesan untuk tuntutan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa pada seseorang. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top