Ketangkasan Sels pacu Forest ke suku akhir Piala FA

Ketangkasan Sels pacu Forest ke suku akhir Piala FA


Sels meraikan kejayaan bersama pemain Forest selepas perlawanan. Foto Agensi

NOTTINGHAM Forest mara ke suku akhir Piala FA selepas mengharungi perlawanan mendebarkan menentang kelab sama Liga Perdana Inggeris, Ipswich Town.

Pertembungan di City Ground itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Aksi dramatik pada Selasa menyaksikan penjaga gol Forest, Matz Sels, muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Jack Taylor.

Kecemerlangan Sels sekali gus memastikan kemenangan 5-4 yang membawa Forest untuk berdepan Brighton and Hove Albion di tempat lawan dalam aksi suku akhir.

Bagaimanapun Ipswich terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan George Hirst pada separuh masa kedua.

Namun, Forest bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Ryan Yates, yang menanduk masuk hantaran lintang Anthony Elanga.

Forest hampir meraih kemenangan dalam masa permainan normal, namun percubaan Callum Hudson-Odoi sekadar singgah di palang gol.

Ipswich berjaya bertahan sehingga tamat masa tambahan, memaksa penentuan sepakan penalti.

Sels, yang juga menjadi wira Forest dalam pusingan sebelumnya menentang Exeter City, sekali lagi membuktikan ketangkasannya dengan menyelamatkan sepakan penalti penting.

“Perlawanan ini sangat sengit. Sepakan penalti memang perjudian, tetapi saya gembira dapat membantu pasukan mara ke pusingan seterusnya,” ujar Sels.

Kemenangan ini memberikan suntikan semangat buat Forest yang akan berdepan Manchester City dalam aksi liga hujung minggu ini.

PIALA FA

SUKU AKHIR

SABTU (29 MAC)

Bournemouth lwn Manchester City, 11 malam

Fulham lwn Crystal Palace, 11 malam

Preston lwn Aston Villa, 11 malam

Brighton lwn Nottingham Forest, 11 malam



Source link

OR

Scroll to Top