Ketua Polis Johor nafi bersara, beri amaran penyebaran video palsu

Ketua Polis Johor nafi bersara, beri amaran penyebaran video palsu



am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Ketua Polis Johor Datuk M Kumar menafikan beliau bersara seperti dakwaan dalam video tular di TikTok.

Menyifatkan kandungan video itu palsu dan tidak berasas, beliau berkata, masih menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam negeri itu.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tidak bertanggungjawab, yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan melalui saluran rasmi PDRM sahaja.

“Pihak Polis Johor memandang serius penyebaran berita palsu ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, video tular itu menunjukkan Kumar menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan bakal Pesara Kontinjen Johor 2024 di IPD Iskandar Puteri.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top