Copenhagen: Harapan Denmark untuk mara ke Piala Dunia 2026 menerima tamparan awal selepas sekadar terikat tanpa jaringan menentang Scotland dalam aksi Kumpulan C kelayakan, awal pagi tadi.
Bermain di laman sendiri di Stadium Parken, Denmark menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan deretan peluang dicipta, namun ketumpulan penyudah dan kekebalan benteng lawan mengecewakan mereka.
Scotland tampil berdisiplin di bahagian pertahanan apabila memaksa tuan rumah melakukan percubaan sukar yang gagal menemui sasaran.
Penjaga gol Angus Gunn pula hanya diuji dua kali sepanjang 90 minit.
Lebih malang buat Denmark, ketiadaan Christian Eriksen yang masih belum mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, jelas menjejaskan kreativiti pasukan.
Kekasaran awal pemain tengah, Pierre-Emile Hojbjerg yang dilayangkan kad kuning, turut menambah tekanan sepanjang perlawanan.
Kini Denmark perlu bangkit apabila berkunjung ke Athens menentang Greece, yang tampil garang membelasah Belarus 5-1 untuk mendahului saingan kumpulan.
© New Straits Times Press (M) Bhd