Keunikan adalah kekuatanmu – TMJ

Keunikan adalah kekuatanmu – TMJ


Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan penguasaan mutlak dalam arena bola sepak tanah air apabila menjuarai Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.

Kejayaan itu turut disusuli dengan kejayaan mempertahankan Piala FA dan Piala Malaysia, mengukuhkan lagi status Harimau Selatan sebagai kuasa dominan bola sepak negara.

Pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail, yang juga Pemangku Sultan Johor, dalam satu hantaran di media sosial, menyeru seluruh pasukan untuk terus mempertahankan mentaliti juara yang menjadi DNA JDT.

“Keunikan adalah kekuatanmu,” titah baginda, menekankan kepentingan mengekalkan identiti tersendiri dalam mencapai kejayaan.

Pemain-pemain Harimau Selatan bersama trofi kejuaraan Liga Malaysia 2024-2025. Foto:Johor Southern Tigers.

Pemain-pemain Harimau Selatan bersama trofi kejuaraan Liga Malaysia 2024-2025. Foto:Johor Southern Tigers.

Baginda turut menitipkan pesanan bermakna kepada pasukan seperti pimpin seperti raja, bergerak seperti perisik, berfikir seperti genius, berlatih seperti mesin, dan sentiasa berjuang seperti juara.

Pesanan itu bukan sekadar meraikan kejayaan, malah menjadi pembakar semangat untuk Harimau Selatan terus melangkah lebih jauh pada musim depan.

Dalam hantaran sama, Tunku Mahkota Ismail menyelitkan tanda pagar seperti #gameisrigged, #theyhate, dan #youelevate, memberi bayangan bahawa JDT yang sentiasa berdepan cabaran dan kritikan untuk konsisten bersemangat kental dan disiplin tinggi terus membawa kelab selatan tanah air itu ke puncak kejayaan.

Musim ini, kejayaan merangkul tiga kejuaraan utama Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia mengukuhkan lagi legasi JDT dan menetapkan penanda aras baharu buat pasukan lain di Liga Malaysia.



Source link

OR

Scroll to Top