Parti Keadilan Rakyat (PKR) merekodkan pertambahan hampir 5,000 ahli baharu dalam tempoh terdekat, sekali gus menggambarkan sokongan rakyat yang terus utuh terhadap perjuangan parti tersebut.
Keyakinan rakyat terhadap PKR terbukti
Foto arkib: Facebook Parti Keadilan Rakyat
Menurut laporan Bernama, Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun landskap politik ketika ini dilihat ‘riuh rendah’, kepercayaan dan dukungan terhadap PKR masih kekal stabil dan tidak terjejas.
“Kita ada berita baik, dalam keadaan riuh rendah sedikit sebanyak ini, keanggotaan bertambah hampir 5,000 yang baharu.
“Kenaikan itu menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan parti masih mendalam,” katanya.
Anwar berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, pada Ahad.
Difahamkan sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.
Artikel lain:
Foto arkib: Facebook Parti Keadilan Rakyat
Seiring itu, Perdana Menteri menyeru semua pimpinan PKR di setiap peringkat supaya terus memperkukuh jentera parti serta memberi penjelasan jelas terhadap isu-isu yang berpotensi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau, penjelasan yang lengkap dan berasaskan fakta adalah kunci untuk mengekalkan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap parti.
Sumber: Sinar Harian






