Khabib sedia latih Jojo ceburi MMA

Khabib sedia latih Jojo ceburi MMA


KUALA LUMPUR – Legenda dunia seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov sedia melatih jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sekiranya ingin menceburi nama dalam sukan itu.

Malah Khabib mempelawa Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo datang ke tempat kelahiran di Dagestan, Rusia untuk berlatih bersamanya bagi mendalami ilmu MMA.

“Saya tahu dia masih muda dan seorang lawan yang baik. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

“Dia (Jojo) ada memberitahu saya pada masa hadapan ingin terbabit dalam MMA.

“Saya sentiasa mengalu-alukan kehadirannya jika dia ingin belajar bersama saya di Dagestan di pusat latihan kami,” katanya yang kini sedang melatih Islam Makhachev, juara baharu lightweight.

Dia berkata demikian selepad dalam acara ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur di sini semalam.

Sebelum itu, Khabib muncul dalam program bual bicara itu yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara bagi berkongsi pengalaman hidupnya sempena Siri Pendidikan Islam, Faith Events 2024.

Sementara itu, lebih 1,500 peminat hadir pada acara Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia anjuran Faith Events yang  turut diserikan dengan persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni mempertahankan diri Malaysia yang kaya dan sukan tempur global.

Para hadirin juga disajikan ddengan persembahan silat, MMA dan muay thai oleh Discover Muay Thai, Team Strive MMA Putrajaya, Kelab Muay Thai Singa Malaya dan Gerak Penchak Gayarasa.n Islam, Faith Events 2024.

Khabib, 36, membuat penampilan sulung dalam Ultimate Fighting Championship atau UFC pada 2011 dan bersara sebagai juara kelas lightweight yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod menakjubkan 29-0.

Khabib juga dianggap salah seorang petarung yang paling dominan dalam sejarah sukan UFC dan pada Julai 2022, beliau telah dilantik ke dalam UFC Hall of Fame. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top