Khai Xing-Aaron dalam fasa adaptasi taktikal baharu

Khai Xing-Aaron dalam fasa adaptasi taktikal baharu



sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, sedang dalam fasa mengadaptasi corak permainan baharu, iaitu tiga pukulan pertama, bagi memastikan prestasi mereka terus meningkat dalam kejohanan akan datang.

Jelas Khai Xing, taktikal serta strategi baharu yang diterapkan oleh ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, itu masih belum dapat disesuaikan sepenuhnya oleh mereka.

“Kami masih dalam proses menyesuaikan diri kerana program ini lebih intensif dengan latihan harian yang sebelum ini jarang kami lakukan,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Selain itu, beregu muda negara itu juga diberikan penekanan untuk beraksi dengan cara mengurangkan permainan bola lambung kerana ia akan memberi kelebihan kepada pasukan lawan.

“Walaupun sukar pada awalnya, kami percaya kepada jurulatih dan akan terus mengikut segala arahan untuk memperbaiki permainan kami,” katanya.

Prestasi beregu muda ini kurang memberangsangkan di Terbuka Jerman dan Orleans Masters awal bulan ini, apabila mereka tewas pada kedua-dua kejohanan tersebut.

Menurut Khai Xing, mereka akan terus memberi tumpuan kepada gaya permainan yang lebih pantas dan agresif, yang memerlukan tahap fokus dan ketepatan tinggi dalam setiap pukulan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top