Khairul Aming Beli Rumah Pertama Selepas 12 Tahun Menyewa

Khairul Aming Beli Rumah Pertama Selepas 12 Tahun Menyewa


Pempengaruh media sosial dan usawahan Khairul Aming mendedahkan dia bakal memiliki rumah pertama tidak lama lagi.

Menerusi sesi siaran langsung, Khairul Aming berkata selepas dua belas tahun menyewa dia bakal memiliki rumah pertama dan akan mengambil kunci dalam masa terdekat.

BACA: Khairul Aming Kongsi Menu Air Manis, Dr Rafidah Respon ‘Saya Berbuka Air Kosong’

“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya.

Sementara itu, Khairul Aming berkata rumah dibelinya bukan bersaiz besar namun selesa untuk tinggal seorang memandangkan dia masih bujang.

“Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet.

“Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy… parking ada dua tapak,” katanya.

Sebelum ini, Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang dinamakan sebagai Rembayung yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.






Source link

OR

Scroll to Top