Khairul Aming menangis, tersentuh lihat video resepi ‘hidupkan’ memori berharga

Khairul Aming menangis, tersentuh lihat video resepi ‘hidupkan’ memori berharga

Khairul Aming menangis, tersentuh lihat video resepi ‘hidupkan’ memori berharga


Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming, menitiskan air mata selepas menonton beberapa video yang dikongsikan oleh warga maya di platform media sosial baru-baru ini.

Video-video tersebut memaparkan momen-momen di mana resepi yang dikongsikan olehnya telah menjadi sebahagian daripada kenangan manis ramai orang.

Khairul Aming berkata, hatinya tersentuh kerana resipinya bukan sahaja memberi inspirasi dalam dunia masakan, malah turut menyatukan keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh kasih sayang.

Ini jelas menunjukkan setiap gelak tawa, senyuman, dan detik kebahagiaan yang dirakam wargamaya dalam video-video itu membuktikan bahawa masakan bukan sekadar makanan, malah medium untuk mengeratkan hubungan dan memori manis bersama insan tersayang.

“Sembilan tahun lalu, saya seorang diri di rumah sewa, buat video masak tanpa tahu ada orang yang menonton atau tidak. Tahun demi tahun, kita mula kenal satu sama lain.

“Ada yang dari zaman belajar kini sudah bekerja, ada yang bujang kini sudah berkahwin, ada yang sudah menjadi ibu bapa, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita,”coret beliau.

Khairul Aming menangis

Dalam hantaran yang sama, beliau juga berkongsi perasaan peribadinya terhadap kenangan yang tidak dapat diulang kembali.

“Saya sudah tidak dapat cipta detik-detik ini bersama arwah ayah, tapi bila melihat korang gembira memasak bersama keluarga, itu bermakna segalanya bagi saya. Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih semua atas segalanya,” kata Khairul Aming.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dan berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Ramai bersetuju bahawa makanan boleh menjadi jambatan kepada kenangan dan ikatan kasih sayang.

Artikel lain: Ingatkan merajuk! Khairul Aming mohon maaf lambat ‘masuk kelas’ – “Ada mesyuarat PIBG tadi..”

Sejak mula berkarya hampir sembilan tahun lalu, Khairul Aming telah berjaya membina komuniti peminat yang luas dan setia, menjadikan minatnya dalam dunia masakan bukan sahaja kerjaya, malah inspirasi kepada ramai di seluruh negara dan luar negara.

Sumber: TikTok khairulaming





Source link

OR

Scroll to Top