Du Plessis (bawah) tiada jawapan untuk membalas tekanan dan dominasi Khamzat sepanjang lima pusingan. Foto Agensi
KHAMZAT ‘Borz’ Chimaev akhirnya menjejak puncak kelas middleweight apabila menumbangkan juara bertahan, Dricus du Plessis dengan persembahan luar biasa penuh dominasi pada acara utama UFC 319 di United Center, Chicago, Amerika Syarikat sebentar tadi.
Sejak detik awal, Khamzat menunjukkan intensiti luar biasa di mana setiap hantaran tumbukan dan tekanan gusti yang dilancarkan berjaya memaksa Du Plessis bertahan tanpa ruang membalas.
Kawalan di lantai Octagon begitu jelas memihak kepada Khamzat yang menggunakan kombinasi ‘takedown’, ‘ground and pound’ serta posisi dominan bagi melemahkan pertahanan lawannya.
Selepas dominasi total lima pusingan, Khamzat dinobatkan sebagai juara baharu kelas middleweight UFC.
Bagi Khamzat, kemenangan tersebut bukan sekadar merebut tali pinggang kejuaraan tetapi juga mengukuhkan reputasinya sebagai kuasa baharu yang sukar digugat dalam UFC.