Kiehls's lancar mini siri 'Cahaya Raya'

Kiehls's lancar mini siri 'Cahaya Raya'


Menjelang ketibaan Syawal, pasti ramai yang ingin tampil berseri penuh yakin.

Memahami keperluan ini, Kiehl’s tampil dengan kelainan menerusi pelancaran mini siri eksklusif, Cahaya Raya.

Siri ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi turut menyoroti perjalanan seorang wanita dalam mencari keyakinan diri setelah melalui pelbagai cabaran kehidupan menjelang Aidilfitri. 

Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, wanita ini akhirnya menemui sinar kejelitaan sebenar dan berani melangkah ke hadapan.

Mengetengahkan tema menyayangi diri sendiri, perkembangan peribadi dan kepentingan sokongan keluarga, mini siri ini menyampaikan mesej yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Sebagai jenama yang terkenal dengan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi serta terbukti secara dermatologi, Kiehl’s memilih pendekatan berbeza tahun ini dengan menyampaikan mesej dalam bentuk hiburan santai tetapi penuh makna.

Tingkatkan keyakinan diri dengan kulit sihat 

Mini siri Cahaya Raya bukan sahaja mengisahkan perjalanan emosi watak utamanya, tetapi turut memberi penekanan kepada kepentingan penjagaan kulit dalam meningkatkan keyakinan diri.

Masih terdapat tanggapan bahawa produk Kiehl’s hanya sesuai untuk kulit matang.

Namun, dengan adanya perunding peribadi serta ujian produk sebelum pembelian, Kiehl’s membuktikan bahawa setiap individu boleh mendapatkan penjagaan kulit yang bersesuaian tanpa rasa ragu-ragu.

Menerusi siri ini, Kiehl’s ingin menyampaikan mesej penting kepada rakyat Malaysia iaitu “Find your light, radiate your glow!”.

Tidak kira di mana seseorang itu berada dalam perjalanan hidup, keyakinan bermula dari dalam diri.

Dengan kulit yang sihat, seseorang dapat bersinar dengan penuh keyakinan.

Dua produk pilihan Kiehl’s

Sempena pelancaran Cahaya Raya, Kiehl’s turut memperkenalkan dua produk penjagaan kulit utama untuk membantu anda mendapatkan kulit lebih berseri dan sihat.

Clearly Corrective Daily Re-Texturizing Triple Acid Peel diformulasikan dengan 5.5 peratus AHA (Asid Glikolik dan Asid Laktik), 0.18 peratus BHA (Asid Salisilik) dan 3.0 peratus PHA (Gluconolactone) yang berfungsi untuk mengurangkan penampilan pori-pori serta meningkatkan kelembutan kulit.

Selain itu, kandungan Copper Gluconate turut membantu menenangkan kulit serta mengurangkan ketidakselesaan.

Sementara itu, Clearly Corrective Dark Spot Solution adalah serum yang dirumus dengan Activated C dan Proxylane, berfungsi untuk meningkatkan keserian serta kejelasan kulit. 

Formula ini juga menyokong pembentukan kolagen semula jadi, menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Bagi mereka yang ingin mengikuti kisah penuh Cahaya Raya, siri ini boleh ditonton menerusi platform TikTok rasmi Kiehl’s.

Tingkatkan keserian kulit dan keyakinan diri dan dapatkan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi oleh Kiehl’s hari ini.

Layari laman web Kiehl’s untuk maklumat lanjut.





© New Straits Times Press (M) Bhd





Source link

OR