Nama Rebecca Nur Al-Islam sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila seorang individu memberi pesanan terbuka kepada aktres itu.
Menerusi perkongsian di platform Threads, individu menggunakan akaun @hada_princess96 memberi pesanan terbuka agar Rebecca tidak bersikap sombong dan sentiasa merendah diri.
“I know her well, Becca. One words for you. Kifarah is real dear. Be humble and don’t be arrogant, Becca,” tulisnya ringkas di ruangan balas pada paparan berita mengenai perpindahan Rebecca ke sebuah kondominium.

Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut membuat dakwaan kononnya pelakon itu bersifat angkuh.

Dalam masa sama, individu berkenaan yang mendakwa dirinya pernah menjadi rakan baik Rebecca turut mengakui sudah penat untuk menasihati selebriti itu.
“Dah penat nak gaduh dan dah penat nak nasihat. Sebagai rakan baik satu ketika dahulu, saya dah bimbing dia sebaik mungkin. Tapi dia kahwin dengan orang kaya… Allah ada, dunia ini bulat,” katanya lagi.



Terdahulu, rumah tangga Rebecca bersama Datuk Nur Azam dilaporkan berakhir selepas 18 tahun melayari kehidupan bersama.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata selain membesarkan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 16.
Artikel Berkaitan: Jadi Ibu Tunggal Anak 7, Rebecca Nur Al Islam Enggan Dedah Punca Cerai – “Saya Masih Dalam Proses Pulihkan Diri”
Artikel Berkaitan: Ucapan Hari Lahir Bapa Mentua Bertukar Syahdu, Rebecca Nur Al Islam Beri Bayangan Banyak Pendam Hal Rumah Tangga?
Artikel Berkaitan: “Kami Hanya Pendengar, Bukan Penyebar Cerita” – Aliff Syukri Dedah Punca Sebenar Konflik Antara Isteri & Rebecca Nur Al-Islam






