Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”


Pelakon dan penyanyi, Kilafairy secara terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya apabila mengakui keputusan untuk bertudung datang selepas mengalami mimpi tentang syurga dan neraka yang begitu memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

Menerusi temu bual podcast Studio Sembang yang dihoskan aktres jelita, Amelia Henderson, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata , dia sebelum ini tidak pernah percaya apabila mendengar kisah orang lain yang mendakwa mendapat hidayah melalui mimpi.

“I never talk about this, so dekat sini saya cerita sikitlah. Saya tak pernah percaya tiap kali orang kata ‘Aku dapat mimpi’. Selalu bila saya dengar je I macam persoal, ‘Ye ke?’… Tapi, bila saya dapat ‘mimpi’ tu, saya malu cakap dekat orang,” katanya.

Kata Kilafairy, sejak beberapa tahun lalu dia sering berdoa kepada Allah SWT agar ditunjukkan jalan untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

“For years, my doa was “Ya Allah, saya nak jadi muslimah yang terbaik, show me, make me scared, show me”. Malam tu saya tidur, setiap inci neraka dan syurga saya nampak.

“Selepas saya mimpi perkara itu, , saya bangun dan terus order tudung. Terus ambil Mama punya shawl, lepastu saya call Neelofa. Dia cakap ‘Kau nak ustaz terjemahkan tak mimpi ni?’,” jelasnya.

Tambahnya lagi, selepas berbincang dengan Neelofa dan PU Riz (Haris Ismail), barulah dia sedar bahawa setiap perincian dalam mimpinya itu ada disebut dalam hadis dan al-Quran.

“So, saya pun jumpa Haris dan setiap details yang saya mimpi itu ada dalam hadis, ada dalam al-Quran. Contoh, Saya kena potong tangan, saya boleh nampak syaitan-syaitan tu, urat dia ada lava, suara macam petir, tinggi macam gunung, saya nampak semuanya. Dan ketika itu saya rasa ”macam mana saya boleh dapat mimpi ni?’

“The best part is ada seorang lelaki ni gelap (Bilal), masa saya nak kena potong tangan tu, this person jejak je dalam neraka terus jadi color macam dalam hadith cakap macam mana syurga and i was in heaven. Masa tu, saya cakap boleh tak selamatkan yang lain, Dia kata tak boleh sebab boleh selamatkan seorang sahaja.

“Then, bila saya cakap dekat Haris, Haris kata ‘Awak sangat bertuah, sebab pengakhiran awak adalah syurga’,” kongsinya dengan nada sebak.

 



Source link

OR

Scroll to Top