June 13, 2024

Kilang proses minyak pelincir terbakar, operasi padam masih berjalan



am@hmetro.com.my

Kulim: Kilang memproses minyak pelincir di Kampung Ekor Kuching, Padang Serai, di sini terbakar hari ini dengan operasi pemadaman sedang giat dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi- Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 10.29 pagi.

“Sepasukan anggota BBP Kulim Hi-Tech dihantar ke lokasi dan turut dibantu pasukan BBP Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

“Ketika ini operasi pemadaman masih dilakukan untuk mengawal api dari terus merebak,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top