am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Selepas diserbu dan dikompaun berjumlah ratusan ribu ringgit tahun lalu, sebuah kilang rokok elektronik atau vape di Jalan Shamelin, di sini, tidak lagi menggajikan pendatang asing tanpa izin (Pati).
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, hasil pemeriksaan hari ini mendapati, kesemua pekerja warga asing di premis berkenaan memiliki permit kerja sah.
“Kita laksanakan pemeriksaan rutin membabitkan warga asing menerusi Inspektorat Penguatkuasaan bagi memastikan suasana lebih selamat di Kuala Lumpur.
“Keseluruhannya, seramai 114 individu diperiksa terdiri daripada 105 warga Bangladesh, lima Myanmar, masing-masing dua India dan Pakistan,” katanya ditemui di lokasi.
Difahamkan, kilang vape berjenama tempatan terbabit pernah diserbu kira-kira setahun lalu dengan puluhan pekerja warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.
Tinjauan di lokasi mendapati, persekitaran kerja warga asing di kilang berkenaan dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif.
© New Straits Times Press (M) Bhd