Aksi Zi Yu–Noraqilah di Guwahati 2025. Foto BAM
BEREGU badminton wanita negara, Low Zi Yu–Noraqilah Maisarah Ramdan, menamatkan cabaran di Kejohanan Remaja Dunia 2025 dengan pingat perak selepas tewas kepada gandingan China, Tan Ke Xuan–Wei Yue Yue dalam aksi akhir di Guwahati, India, pada Ahad.
Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu memberi tentangan sengit sebelum tunduk 13-15, 17-19 dalam pertarungan selama 37 minit.
Kekalahan itu menyaksikan Zi Yu sekali lagi kempunan gelaran juara dunia selepas turut muncul naib juara edisi 2024 di Nanchang, China ketika bergandingan dengan Dania Sofea Zaidi yang tidak dapat beraksi kali ini akibat kecederaan.
Bagi Noraqilah Maisarah, pencapaian tersebut melengkapkan prestasi cemerlangnya selepas turut meraih gangsa dalam beregu campuran bersama Loh Ziheng sebelum ini.
Biarpun gagal membawa pulang emas, prestasi beregu muda itu dianggap petanda positif terhadap perkembangan skuad pelapis wanita negara yang semakin hampir menyaingi kuasa besar badminton dunia.
Ringkasan AI
- Beregu badminton wanita negara, Low Zi Yu–Noraqilah Maisarah Ramdan, meraih pingat perak di Kejohanan Remaja Dunia 2025 setelah tewas oleh pasangan China
- Perlawanan berlangsung selama 37 minit dengan skor akhir 13-15, 17-19
- Low Zi Yu turut menjadi naib juara pada edisi 2024 bersama Dania Sofea Zaidi
- Noraqilah Maisarah telah meraih pingat gangsa dalam beregu campuran sebelum ini
- Prestasi ini dianggap petanda positif perkembangan skuad pelapis wanita negara