Kim intai tiket LIV 2026

Kim intai tiket LIV 2026


LECANTO: Pemain Amerika Syarikat, Anthony Kim, masih menaruh harapan untuk mengintai tempat ke Liga Golf LIV musim 2026 selepas mencatatkan pusingan cemerlang pada hari terakhir acara LIV Golf Promotions di Black Diamond Ranch, Florida, semalam.

Kim yang mencatatkan pusingan bebas bogey dengan empat birdie pada lubang 9, 13, 14 dan 16, kini berkongsi tempat kedua bersama dua pesaing lain, Oliver Bekker dari Afrika Selatan dan Jazz Janewattananond dari Thailand, masing-masing dengan 4 bawah par.

Kim, yang kembali beraksi selepas berehat 12 tahun dari litar profesional, kini memburu tiket wild-card bagi membolehkan beliau bertanding sepenuh masa dalam Liga Golf LIV 2026.

“Saya berpeluang mendapat salah satu daripada tempat tersebut dan saya bertekad menamatkan perlumbaan ini dengan cemerlang,” katanya.

Namun, mendahului kejohanan adalah pemain Kanada, Richard T. Lee, yang mengukuhkan kedudukan di puncak dengan kelebihan dua pukulan selepas mencatatkan 6 bawah par 64 pada hari terakhir.

Lee menampilkan permainan mantap tanpa bogey, termasuk lima birdie dan dua eagle sepanjang 54 lubang minggu ini.
“Kedudukan ini buat saya rasa sedikit tidak selesa, tetapi saya akan terus fokus dan bermain sebaik mungkin,” kata Lee.

Acara empat pusingan ini memberi peluang kepada tiga pemenang teratas untuk layak secara langsung ke Liga Golf LIV 2026, manakala sepuluh terbaik termasuk seri pula akan dikecualikan bagi menyertai Siri Antarabangsa Jelajah Asia pada tahun depan.-AGENSI





Source link

OR

Scroll to Top