Kini Dalam Tempoh Idah, Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu 18 Disember Lalu

Kini Dalam Tempoh Idah, Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu 18 Disember Lalu


Pelakon Dayana Roza mengesahkan rumah tangganya dengan A’dale Adham Ayahudin berakhir selepas mereka disahkan bercerai pada 18 Disember lalu, sekali gus menamatkan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lepas.

Memetik laporan Kosmo Online, Dayana atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada tarikh berkenaan sebelum kemudian mengesahkan perkara itu.

“Ya, saya memang ke mahkamah untuk urusan perceraian. Saya kini sah bercerai talak satu dan sedang melalui tempoh idah,” katanya ringkas.

Mengulas punca keretakan rumah tangga, Dayana mengakui dia dan bekas suami tidak lagi menemui titik persefahaman walaupun pernah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Tahun lalu kami sebenarnya hampir bercerai, tetapi saya cuba beri peluang kedua untuk memperbaiki keadaan. Namun nampaknya jodoh kami setakat ini sahaja,” katanya.

Mempunyai dua cahaya mata yang masih kecil, Dayana berkata fokusnya kini adalah membesarkan anak-anak dan dia juga merancang untuk kembali aktif dalam bidang lakonan selepas sebelum ini banyak menolak tawaran demi keluarga.

“Saya perlu kuat bekerja demi masa depan anak-anak. Jika ada tawaran yang sesuai dengan masa dan keadaan, insya-Allah saya akan terima. Buat masa ini, keutamaan saya adalah anak-anak yang masih memerlukan perhatian penuh,” ujarnya.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2.

Sumber: Kosmo Online



Source link

OR

Scroll to Top