Pencipta kandungan dan personaliti media sosial, Ubai MZ meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa masih belum menerima bayaran penuh daripada sebuah pihak penganjur walaupun tempoh yang dijanjikan dalam perjanjian sudah lama berakhir.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, berkata dia telah menunaikan tanggungjawabnya dengan memuat naik video promosi seperti yang dipersetujui, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang pembayaran.
“Saya ni minta payment baik-baik. Payment agreement sign 45 days after video posting. Video post 30 Ogos.
“Sampai harini tak dapat payment. Contact person in charge campaign, sampai ke sudah tak jawab. Last-last dia hantarnya intern.
“Lepastu intern cakap paymnet terms 90 hari after today? Dengan cara yang kurang sopan.
“Kita dah buat kerja kita pula yang meminta-minta duit kita,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menjengah ke ruangan komen, Ubai juga mendedahkan, dia masih tidak faham dengan terma status pembayaran yang diterimanya sebelum ini.
“Sampai hari ini masih tak faham dengan payment terms 90 days. Sekiranya nak bayaran penuh sebelum 90 hari, ada deduction from payment yang kita dah agree tu. Contoh 60 hari deduct 5 per cent,” tambahnya.

Tidak habis disitu, rakan slebriti yang juga anggota kumpulan De Fam, iaitu Cik Manggis turut berkongsi pengalamannya apabila mendedahkan dia juga pernah berdepan situasi sama apabila pihak agensi mengambil masa terlalu lama untuk membuat bayaran meskipun kerja telah disiapkan.
“Dulu biasalah kena sidai payment. Lepas saya minta advice from my lawyer friend, anad ask her to help me write email dan text whatsapp to send to the agency, hujung minggu tu terus dapat. Text simple je tapi panas.
“Lepas dari tu, memang text tu kita copy paste je dekat agency. Tips lain, macam yang sellau mereka ingatkan pasal draft submission a week before the deadline.
“Dan, kami juga akan memberikan peringatan awal iaitu seminggu sebelum payment due date,” jelasnya.








