“Kita Doakan Orang Yang Nak Boikot Itu Diberi Hidayah” 

“Kita Doakan Orang Yang Nak Boikot Itu Diberi Hidayah” 


Pelakon Fattah Amin tidak faham dengan tindakan segelintir pihak yang mahu memboikot rakan artis hanya kerana menghadiri majlis perkahwinannya bersama isteri penyanyi, Amira Othman.

Memetik Oh Bulan, Fattah berkata mereka yang menghadiri majlis perkahwinan atau memenuhi undangan majlis adalah satu usaha untuk merapatkan silaturrahim.

BACA: Ramai Nak ‘Unfollow’ Fasha Sandha Gara-Gara Hadir Majlis Resepsi Fattah & Amira

“Saya tidak faham dengan benda itu. Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim. Lepas itu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boikotlah, saya tak faham,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata dia mendoakan agar individu terlibat agar diberikan hidayah dan petunjuk yang baik.

“Apa yang boleh saya cakapkan, janganlah kita buat benda itu. Kita doakan orang yang nak buat boikot itu diberi hidayah ataupun petunjuk untuk dia ubahlah,” katanya.

Dalam pada itu, Amira berkata dia tidak berkecil hati dengan isu berkenaan kerana baginya setiap pihak ada pilihan mereka masing-masing dan dia bersama suami hanya mahu hidup tenang sahaja.

“Jadi anak seni kan, memang kita tak boleh tutuplah. Akan ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi kami tidak mengambil hati, kecil hati atau marah.

“Saya yakin setiap individu ada pilihan masing-masing. Kalau nak memboikot itu, kami tidak nampak atas dasar apa dia ingin memboikot.

“Tapi tak apa lah. Saya dan Fattah pun nak hidup tenang-tenang. Kalau ada yang tak suka, kami doakan mudah-mudahan suka selepas ini,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top