‘Kita mahu lihat perubahan’

‘Kita mahu lihat perubahan’

‘Kita mahu lihat perubahan’


Ahmad Muzakkir

PROSES audit dan penilaian yang dilaksanakan dengan penglibatan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) perlu diterjemahkan kepada perubahan yang nyata demi masa depan bola sepak negara.

Pemerhati bola sepak tempatan, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, penyokong serta pemegang taruh kini menantikan hasil yang konkrit susulan pelbagai penemuan dan cadangan yang diketengahkan menerusi proses penilaian tersebut.

Menurutnya, antara perkara paling utama perlu dilakukan ialah melantik muka baharu pada kongres pemilihan akan datang yang pastinya memberikan perubahan segar kepada badan induk itu.

“Pemilihan presiden, naib presiden dan exco perlu berasaskan merit, kompetensi, integriti dan kemampuan mentadbir, bukan sekadar populariti atau hubungan tertentu. FAM memerlukan individu yang memahami bola sepak moden, tadbir urus korporat dan keperluan pembangunan industri bola sepak negara.

“Saya percaya sentimen penyokong tidak boleh dipandang ringan kerana mereka merupakan pemegang taruh terbesar dalam ekosistem bola sepak.

“Beri peluang muka baru kesemuanya dan yang penting muka baharu mempunyai rekod prestasi, idea, kemampuan melaksanakan perubahan dan kesediaan menerima akauntabiliti. Muka baharu yang berkualiti perlu diberikan peluang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Muzakkir berharap kongres FAM mampu melahirkan barisan kepimpinan yang benar-benar mewakili kepentingan bola sepak Malaysia dan bukannya kepentingan kelompok tertentu.

Katanya, kepimpinan baharu perlu memberi tumpuan kepada isu-isu asas yang masih membelenggu pembangunan bola sepak negara seperti pembangunan akar umbi, kestabilan kewangan kelab, pelesenan kelab, pembangunan jurulatih serta pengukuhan liga domestik.

“Setiap keputusan yang dibuat perlu berorientasikan pembangunan jangka panjang dan bukannya sekadar penyelesaian sementara.

“Penyokong mahu melihat perubahan yang sebenar dan inilah masanya untuk membuktikan bahawa segala proses audit dan penilaian yang dijalankan mampu membawa impak positif kepada bola sepak Malaysia,” katanya.

Mesti Baca



Source link

OR

Scroll to Top