“Kita Nak Kumpul Semangat Berjuang, Cover Sikit Bitter Tu”  – Tiz Zaqyah Mohon Netizen Berhenti Kecam Peserta Sumud 2.0

“Kita Nak Kumpul Semangat Berjuang, Cover Sikit Bitter Tu”  – Tiz Zaqyah Mohon Netizen Berhenti Kecam Peserta Sumud 2.0


Pelakon Tiz Zaqyah tampil menyuarakan pandangan susulan kecaman segelintir netizen terhadap peserta misi kemanusiaan Sumud 2.0, khususnya melibatkan penglibatan wanita.

Menerusi perkongsian di Threads, Tiz menegaskan individu yang terlibat dalam misi berkenaan sedang berada dalam situasi berisiko tinggi demi memberikan bantuan kemanusiaan terhadap negara bergolak sekali gus berpendapat adalah tidak wajar tindakan mereka dipersoalkan.

“Mereka berada di luar sana dalam misi global berisiko tinggi untuk memecahkan kepungan dan di sini anda pot pet pot pet,” luahnya.

Tambahnya, penyertaan golongan wanita dalam misi jihad ini adalah hak masing-masing tanpa perlu dinilai oleh pihak lain.

“Wanita tidak sepatutnya pergi la ini la itu. Pertama sekali, ‘You don’t get to choose what other people want to honor in their lives’. Anda tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan bukan?,” soalnya.

Dalam hantaran sama, Tiz juga berharap masyarakat lebih memainkan peranan termasuklah memberikan sokongan moral berbanding kata-kata negatif sama ada terhadap peserta misi mahupun ahli keluarga mereka.

“Cuba jadi orang yang baik dan berikan kata-kata semangat, motivasi. Join the spirit. Berhenti memanipulasi pemikiran orang sehingga mereka percaya bahawa perkara itu salah.

“Kita nak kumpul semangat untuk berjuang. Malu laaaa alaahai. Cover sikit bitter tu,” ujarnya.

 

Sekadar info, Tiz merupakan antara selebriti yang lantang memberikan sokongan terhadap masyarakat Palestin menerusi misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).



Source link

OR

Scroll to Top