KL City tekad kekal status elit Liga Super

KL City tekad kekal status elit Liga Super


Penyokong setia City Boys ketika memberi sokongan kepada pemain KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Foto KL City FC

KUALA Lumpur City (KL City) menegaskan komitmen untuk mengekalkan status The City Boys sebagai kelab elit dalam Liga Super, menolak spekulasi penarikan diri yang dibangkitkan.

KL City dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sebarang keputusan mengenai masa depan KL City hanya akan dibuat melalui mesyuarat rasmi lembaga pengarah, dengan penglibatan semua pihak berkepentingan.

Menurut kenyataan itu, langkah itu bagi memastikan kelestarian dan hala tuju kelab, sambil menjaga kepentingan penyokong, pemain, jurulatih, pengurusan, penaja dan rakan kongsi.

“Kuala Lumpur City tetap bertekad untuk mengekalkan status sebagai kelab elit dalam kancah Liga Super,” menurut kenyataan kelab pada Khamis.

Kenytaan ini juga sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, yang disifatkan sebagai pandangan peribadi.

Sebelum ini, Syed Yazid, yang juga pengerusi KL City dilaporkan berkata bahawa kelab itu mungkin menarik diri daripada Liga Super musim depan dan memilih untuk bermain di liga bawahan bagi menyelesaikan tunggakan hutang kepimpinan lama.

Sementara itu, KL City juga turut menghargai sokongan penaung kelab, Fahmi Fadzil, yang pada 17 Oktober lalu, menyatakan aspirasi untuk menjadikan kelab itu sebagai kelab yang disegani.

“Komitmen, sokongan, dan visi beliau dianggap amat bernilai dalam memacu perkembangan untuk mencapai kejayaan jangka panjang kelab,” tambah kenyataan itu.



Source link

OR

Scroll to Top