Kolej UNITI perkasa pelancongan pendidikan halal

Kolej UNITI perkasa pelancongan pendidikan halal


BANGI – Kolej UNITI menerusi UNITI Halal Centre (UHAC) memperkenalkan program pelancongan pendidikan halal, Halal Edutourism, Mobiliti dan Mikrocredential sebagai strategi baharu bagi memperluas pendidikan serta latihan halal ke peringkat antarabangsa.

Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, program itu digerakkan selaras dengan Pelan Induk #UNITI2030 bagi memperkukuh penawaran pendidikan dan sosialisasi halal melalui pendekatan mikrokelayakan (kursus jangka pendek untuk mempelajari kemahiran khusus), mobiliti dan pelancongan pendidikan.

KIRA-KIRA 300 pemain industri halal dari seluruh negara berhimpun selama dua hari bermula Selasa bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan pensijilan halal, inovasi teknologi, piawaian, tadbir urus dan hala tuju pengukuhan ekosistem halal negara.

“Program pelancongan pendidikan halal ini akan menggandingkan pendidikan, latihan dan sosialisasi halal, sekali gus mempopularkan industri halal Malaysia serta menjadikan negara sebagai peneraju halal global.

“Kami mempromosikan program ini melalui Karnival Mobiliti & Edutourism sempena Pameran Malaysia 2024 di Tokyo, Jepun dan Ekspo Dunia 2025 di Osaka pada Julai lalu bersama Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya ketika Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2025 (PEH25) di sini pada Selasa.

PEH25 menghimpunkan kira-kira 300 pemain industri halal dari seluruh negara selama dua hari bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan pensijilan halal, inovasi teknologi, piawaian, tadbir urus dan hala tuju pengukuhan ekosistem halal negara.

Dalam pada itu, Amir Hamzah menyifatkan industri halal kini menjadi kuasa baharu ekonomi dunia yang merentas sempadan negara, bangsa dan kepercayaan, dengan potensi lonjakan nilai dagangan industri halal global dijangka mencecah AS$4.96 trilion (RM20.84 trilion) menjelang 2030, berbanding sekitar AS$2 trilion (RM8.4 trilion) ketika ini.

SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti PEH25 di Bangi pada Selasa.

SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti PEH25 di Bangi pada Selasa.

“Perkembangan ini pastinya membuka peluang kepada keperluan global terhadap bakat halal yang bukan sahaja kompeten, malah tahan lasak dan mempunyai karakter kepimpinan.

“Saya percaya, inilah antara hasrat ingin dijuarai Malaysia sebagai pengeksport bakat halal (talent export),” katanya.

Sementara itu, Pengarah UHAC, Muhamad Elyas Harun berkata, roh dan integriti halal perlu disemai dalam setiap individu sebelum memperkukuh ekosistem industri halal di negara ini.

Beliau menjelaskan usaha memperkasa halal bukan sekadar memenuhi piawaian, tetapi menuntut kefahaman halal adalah amanah dan tanggungjawab seluruh ummah.

“Kita sebenarnya memegang tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan keutuhan industri halal.

“Ramai tidak sedar bagaimana rumitnya proses mengurus dan memantau produk halal, apatah lagi apabila berlaku sebarang perubahan.

“Ia bukan satu misi yang mudah kerana setiap daripada kita akan dipertanggungjawabkan dalam bidang syariah yang luas ini. Pada saya, kita (eksekutif halal) sudah pun memainkan peranan sebagai pemimpin dalam dunia halal,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top