Bagi pembeli rumah yang mengutamakan nilai eksklusif dan gaya hidup seimbang, EcoWorld kini mempersembahkan kempen istimewa ‘Koleksi Ikonik Eksklusif EcoWorld’ satu koleksi terpilih hanya untuk masa terhad.
Kempen ini membuka peluang eksklusif kepada koleksi EcoWorld yang terpilih di sekitar Lembah Klang yang merangkumi apartment servis, kondominium dan kediaman bertanah.
Setiap projek dipilih susun untuk mereka yang menghargai seni bina abadi, komuniti terjaga dan proses pemilikan rumah yang mudah.
Koleksi Anda. Ini Masanya – Direka khas untuk yang mencari kelainan
Koleksi Ikonik Eksklusif EcoWorld memberi anda peluang memiliki kediaman yang bukan sahaja menawan dari segi rekaan, tetapi juga selaras dengan gaya hidup eksklusif dan aspirasi hidup anda.
Direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan dan impian pemiliknya, setiap kediaman dalam koleksi ini menawarkan pengalaman hidup yang unik dan bermakna.
Melalui kempen ini, pembeli yang bijak memilih berpeluang memiliki rumah EcoWorld di Lembah Klang, tawaran eksklusif yang hanya tersedia untuk tempoh terhad.
Eco Ardence
Perbandaran pegangan bebas seluas 533 ekar dengan akses strategik ke NKVE, Federal Highway, ELITE dan Guthrie Corridor Expressway.
Luna @ Eco Ardence
Luna ialah servis apartmen 3-kunci berkeluasan antara 550 hingga 900 kaki persegi, menampilkan 3 bilik tidur dan 3 bilik air.
Ditawarkan dalam pilihan separa berperabot atau lengkap, unit ini diurus oleh pakar penginapan jangka pendek MapleHome, sesuai sama ada untuk disewa atau didiami.
Terletak bersebelahan Mellow Park dan berhampiran pelbagai pilihan F&B, Luna menawarkan kedudukan yang strategik dan nilai pelaburan yang berbaloi
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Ardence bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Ember @ Eco Ardence
Ember menampilkan konsep rumah kluster Semi-D yang luas dengan pilihan 5 bilik tidur dan 4 atau 5 bilik air.
Setiap unit dilengkapi taman sisi selebar 10 kaki dan akses eksklusif ke kelab persendirian dengan kemudahan kolam renang, gimnasium dan ruang BBQ.
Kawasan sekitarnya dirancang untuk gaya hidup aktif dengan laluan joging dan berbasikal, serta dilindungi oleh sistem keselamatan berlapis 5 peringkat untuk ketenangan minda penghuni.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Ardence bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Sanctuary
Perbandaran seluas 308 ekar, berpagar dan berpengawal dengan sambungan ke KESAS, LKSA, ELITE dan SKVE.
Dikelilingi kawasan matang seperti Kota Kemuning, Subang dan Puchong.
Eden Kondominium @ Eco Sanctuary
Kondominium Eden menampilkan kediaman bertemakan resort yang tenang dan eksklusif dengan saiz unit antara 1,065 hingga 1,200 kaki persegi.
Unit ini menawarkan 3 hingga 4 bilik tidur, lengkap dengan 2 bilik air serta dua parkir sisi. Hanya 294 unit ditawarkan dengan 28 fasiliti gaya hidup termasuk kolam renang, dan gim.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Sanctuary bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eden Co-Home @ Eco Sanctuary
Eden Co-Home menawarkan konsep kediaman satu tingkat dengan keluasan antara 1,056 hingga 2,105 kaki persegi.
Terdapat pilihan sehingga 5+1 bilik tidur dan 4 bilik air, lengkap dengan 2 hingga 4 tempat letak kereta sisi.
Dengan hanya 107 unit, persekitarannya juga dilengkapi 28 fasiliti bertaraf resort dan ruang terbuka yang lapang.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Sanctuary bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Se.Ruma @ Eco Sanctuary
Apartmen Servis 3-kunci ini tersedia dalam pilihan separa berperabot atau lengkap.
Dengan 3 bilik tidur, 3 bilik air dan akses terus ke Se.Ruma Square serta taman bandar seluas 1.3 ekar, ia menawarkan keseimbangan sempurna antara gaya hidup moden dan keselesaan.
Kemudahan sky facilities seperti kolam renang, gim dan dek BBQ menjadikan Se.Ruma pilihan ideal bagi mereka yang menginginkan kehidupan urban yang serba lengkap.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Sanctuary bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Grandeur
Perbandaran berpagar dan berpengawal dengan akses mudah ke DASH, LATAR, Guthrie Corridor Expressway dan NKVE.
Eco Grandeur menawarkan persekitaran berkonsepkan kehijauan dengan kediaman yang selamat dalam komuniti berpagar, kejiranan berketumpatan rendah serta pelbagai kemudahan gaya hidup moden.
Norton Garden @ Eco Grandeur
Garden Homes di Norton Garden menawarkan keluasan tanah 32&39 x 65&39; dengan binaan sehingga 2,258 kaki persegi*.
Menyediakan 4 bilik tidur dan 3 bilik air, setiap unit turut dilengkapi dengan taman sisi peribadi selebar 10 kaki.
Penghuni menikmati pelbagai kemudahan termasuk dewan komuniti, gelanggang sukan dan laluan joging dalam komuniti berpagar yang selamat dan berketumpatan rendah.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Grandeur bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Wellington Garden @ Eco Grandeur
Wellington Garden terdiri daripada Terrace Homes (18 kaki x 65 kaki) dan Garden Homes (24 kaki x 55 kaki) dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air.
Kediaman ini dilengkapi taman linear 15 kaki serta faciliti kemudahan seperti gimnasium, dewan serbaguna, taman permainan dan gelanggang pelbagai guna.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Grandeur bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Majestic
Perbandaran strata seluas 1,089 ekar dengan sistem keselamatan berlapis 6 peringkat.
Terletak berhampiran MRT dan KTM Kajang, serta dikelilingi 300 kedai komersial.
Cheerywood @ Eco Majestic
Cheerywood merupakan fasa terakhir rumah teres dua tingkat di Eco Majestic.
Menawarkan pelbagai saiz bermula dari 1,553 hingga 2,530 kaki persegi dengan pilihan susun atur ParkHomes, Classic Homes dan Garden Homes.
Penduduk Cheerywood menikmati akses eksklusif ke taman seluas 1.7 ekar, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga pelbagai saiz.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Majestic bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Riang D’ Eco Majestic
Apartmen Servis berkeluasan 1,000 kaki persegi ini menawarkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dengan lokasi strategik bersebelahan pelbagai kemudahan seperti Jaya Grocer dan Guardian, serta hanya 2 minit ke lebuhraya utama.
Ia juga berhampiran Eco Majestic City Park dan dilengkapi akses mudah ke pelbagai kemudahan rekreasi moden.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Majestic bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Forest, Semenyih
Perbandaran strata pegangan bebas seluas 515 ekar, hanya 3 minit ke Universiti Nottingham dan 10 minit ke Broga Hill.
BirchPark @ Eco Forest
Koleksi akhir rumah bertanah di Eco Forest yang merangkumi Artisan Homes (20 kaki x 65 kaki), Garden Homes (30 kaki x 60 kaki), dan Co-Homes (37 kaki x 51 kaki dan 37 kaki x 61 kaki) dengan 3 hingga 4 bilik tidur serta 2 hingga 3 bilik air, dan sehingga 4 parkir kereta*.
Setiap unit direka dengan taman belakang 20 kaki dalam persekitaran hijau dan berpagar.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Eco Forest bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Se.duduk D’ Kajang
Perbandaran menegak seluas 6.92 ekar dengan keselamatan 24 jam dan akses mudah ke MRT, KTM dan IOI City Mall.
Kediaman bertingkat dalam kawasan perbandaran 6.92 ekar ini menawarkan apartment servis 1,000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ia terletak hanya 2KM – 4.7KM* dari MRT dan KTM Kajang serta berhampiran IOI City Mall.
Fasiliti runcit seperti Chef Kecik Café dan Jaya Grocer yang tersedia berdekatan dengan penduduk Se.duduk, menjadikan kehidupan lebih mudah dan selesa.
Klik pautan WhatsApp ini untuk menghubungi wakil jualan Se.duduk D’ Kajang bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Inilah masa terbaik untuk melangkah ke rumah baharu anda bersama Koleksi Ikonik Eksklusif EcoWorld – kenapa tunggu lagi?
Koleksi ini direka secara eksklusif bagi menampilkan kediaman istimewa yang mengutamakan keperluan serta gaya hidup anda.
Ia ditawarkan untuk tempoh masa terhad sahaja, menjadikannya peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Nikmati pengalaman pemilikan peribadi dengan akses pratonton serta keistimewaan eksklusif yang menanti anda.
Tambahan pula, anda berpeluang menjadi antara yang terawal memiliki kediaman pilihan menerusi Keistimewaan Awal* yang ditawarkan.
Selama lebih sedekad, EcoWorld telah mengukuhkan reputasinya bukan sekadar sebagai pemaju hartanah, malah sebagai pencipta komuniti mampan.
Inisiatif pembangunan EcoWorld berpaksikan lima tonggak utama yang menyumbang kepada ekosistem kehidupan menyeluruh, iaitu:
- Eco Townships – Perbandaran hijau yang menyokong kehidupan seimbang.
- Eco Rise – Hartanah bertingkat moden di lokasi strategik.
- Eco Hubs – Ruang komersial yang memacu pertumbuhan komuniti.
- Eco Business Parks – Taman perindustrian mampan dan inovatif.
- QUANTUM – Solusi pintar untuk sektor teknologi tinggi dan pusat data.
Antara projek yang termasuk dalam Koleksi Ikonik Eksklusif ini di Lembah Klang merangkumi:
- Eco Ardence: Luna, Ember
- Eco Sanctuary: Eden Co-Home, Eden Kondominium, Se.Ruma
- Eco Grandeur: Norton Garden, Wellington Garden
- Eco Majestic: Cheerywood, Riang D’ Eco Majestic
- Eco Forest: BirchPark
- Se.duduk D’ Kajang: Se.duduk D’ Kajang
Orang ramai yang berminat digalakkan untuk mengunjungi Galeri Jualan EcoWorld terdekat atau layari laman rasmi di https://ecoworld.my/crafted-by-ecoworld/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Wakil jualan juga sedia membantu dalam memberikan penerangan lanjut tentang peluang pemilikan kediaman ini.
Inilah masanya untuk anda melangkah ke fasa kehidupan baharu bersama EcoWorld, gabungan estetika, keselesaan dan komuniti yang harmoni.
Ikuti laman Instagram dan Facebook untuk mendapatkan maklumat terkini, pelancaran projek baharu, tawaran eksklusif, serta inspirasi gaya hidup moden bersama EcoWorld.
Jangan lepaskan sebarang kemas kini menarik yang menanti anda.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
© New Straits Times Press (M) Bhd