Pelakon Aprena Manrose tampil mempertahankan sepupunya, Uqasha Senrose yang tidak henti-henti menerima kecaman melampau di media sosial susulan perceraian aktres itu dengan pelakon Kamal Adli, semalam.
Menurut Aprena, hantaran yang dimuat naiknya sebelum ini bukan bertujuan mencetuskan provokasi, sebaliknya sebagai respons terhadap komen-komen biadab yang dilemparkan kepada Uqasha.
“Hantaran saya ini adalah pada komen mengenai Uqasha yang sangat biadab. Terlalu kasar kata-kata seperti penuh kebencian,” katanya.
Aprena turut mengakui dirinya terkesan membaca kecaman yang diterima sepupunya itu, apatah lagi ketika Uqasha sedang melalui fasa paling sukar dalam hidup.
“Saya baca saya yang sedih bagi pihak keluarganya. Tiada siapa inginkan penceraian. Janganlah kita jadi orang yang rasa macam tahu luar dalam cerita,” katanya menerusi perkongsian di Threads.
Tambah pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu, dalam setiap perkahwinan pasti ada khilaf daripada kedua-dua belah pihak dan perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghukum seseorang secara terbuka.
“Kedua mereka ada khilaf masing-masing,” ujarnya ringkas.
Dalam masa sama, Aprena menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat menghakimi kerana setiap perbuatan akan ada balasannya.
“Kita janganlah cepat menghakimi takut berbalik pada diri. Dosa dengan Allah boleh minta ampun, dosa dengan manusia?” katanya.

Menurutnya, berbanding melemparkan kata-kata kesat, adalah lebih baik orang ramai mendoakan perkara yang baik buat mereka yang sedang diuji.
“Daripada maki, boleh saja mendoakan. Itu lebih baik,” ujarnya.
Terdahulu, perkongsian Aprena yang menitipkan kata-kata semangat buat Uqasha menerusi platform Threads mencuri perhatian ramai selepas aktres itu disahkan bercerai talak satu.
“Biar bising di luar sana, tetap tenang menjadi bahasa jiwa kita, Uqasha Senrose,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Uqasha Senrose Tak Berdiam Diri, ‘Cari’ Individu Tabur Fitnah – “Terlampau Jahat Sangat Kata-Kata Manusia”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Rela Anak Saya Dipukul Hari-Hari” – Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Ceraikan Isteri
ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah Saya Mahu Berpisah Bukan Kerana Duit” – Uqasha Senrose Luah Perasaan, Gesa Kamal Adli Percepat Cerai
ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri Mohon Netizen Beri Ruang Isu Cerai Kamal Adli & Uqasha Senrose – “Korang Jangan Berpihak Pada Sesiapa”






