Kompany lanjut kontrak bersama Bayern hingga 2029

Kompany lanjut kontrak bersama Bayern hingga 2029


Munich: Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany, menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun yang akan mengekalkannya di kelab gergasi Jerman itu hingga 2029, umum juara Bundesliga itu.

Dilantik pada musim panas 2024 walaupun bukan pilihan utama ketika itu, jurulatih berusia 39 tahun dari Belgium itu berjaya mengembalikan kejuaraan Bundesliga ke pangkuan Bayern selepas dirampas Bayer Leverkusen musim sebelumnya.

Musim ini, Kompany terus membuktikan kehebatannya apabila Bayern mencatat 11 kemenangan daripada 11 perlawanan, sekali gus mendominasi carta Liga Juara-Juara dan Bundesliga.

“Ia seolah-olah saya sudah lama berada di sini dan benar-benar memahami kelab ini,” kata bekas kapten Manchester City itu dalam kenyataan rasmi.

“Ia satu pengalaman yang hebat setakat ini. Kami sudah memulakan satu perjalanan yang luar biasa, mari terus bekerja keras dan meraikan lebih banyak kejayaan!”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top