Komplot pengkhianatan di sebalik pemimpin Islam dibunuh secara terancang

Komplot pengkhianatan di sebalik pemimpin Islam dibunuh secara terancang


– Advertisement –

Firman Allah SWT:

وَإِذ يَمكُرُ بِكَ الَّذينَ كَفَروا لِيُثبِتوكَ أَو يَقتُلوكَ أَو يُخرِجوكَ ۚ وَيَمكُرونَ وَيَمكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيرُ المٰكِرينَ

Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.” (Surah Al Anfal, ayat 30)

– Advertisement –

Ayat ini dinukilkan oleh Syeikh Dr Muhammad Ali As Salabi seorang ulamak pentahkik (pengkaji) sejarah dakwah Rasulullah SAW terkenal dalam kitab sirahnya ketika membahaskan peristiwa hijrah Nabi SAW ke Madinah yang menjadi buruan kumpulan penentang Musyrikin sehingga membawa kepada keputusan mutkamad tangkap dan bunuh jasad Rasulullah SAW. Ia juga manifestasi menggambarkan usaha menekan dan menzalimi gerakan Islam serta pemimpinnya menjadi lumrah dalam penyakit musuh-musuh Islam sejak zaman berzaman.

Terkini, pembunuhan As Asyahid Ismail Haniyeh meletakkan posisi pemimpin Islam bersifat Al Harakah Al Qital (perang) semakin menjadi buruan musuh Islam khususnya daripada bangsa Yahudi dalam isu perang Palestin-Israel. Jelas pembunuhan ini dilaksanakan dengan tertib dan terancang sehingga mengundang beberapa tafsiran pengkaji perang dan Asia Barat.

Ada dua teori yang sangat kuat dan bersifat logikal.

Pertama, pembunuhan ini dilunaskan dengan perletakkan bom jangka di kediaman As Syahid tanpa pengetahuan, diatur secara rahsia. Kedua, pembunuhan ini menggunakan kaedah squadrone iaitu pihak pembunuh menghantar dron yang kecil lengkap dengan teknologi terkini untuk mengelak dipintas sistem pertahanan.

Ada pihak peneliti mengatakan ia ibarat helikopter kecil membawa muatan peledak dan meletup berkecai ketika sampai kepada sasaran. Dan teori kedua ini lebih benar dan praktikal. Apa yang pasti, pembunuhan ini tidak akan terlunas tanpa peranan pihak ketiga. Sudah pasti ia tidak berjaya tanpa pengkhianat yang membantu.

Jika ditelusuri sejarah Islam lampau, pembunuhan terancang ini telah dihadapi sahabat-sahabat  Nabi SAW. Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali dibunuh melalui langkah pengkhianatan. Dalam satu riwayat lain, Saidina Abu Bakar juga pernah diracun dalam cubaan membunuh seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Kathir dalam karya tarikhnya Al Bidayah Wa An Nihayah dalam topik Khulafah Ar Rasyidin. Kesan racun ini menyebabkan Saidina Abu Bakar sering sakit selama setahun.

Syeikh Fatih Yakan ketika membahaskan ‘ibtila dakwah’ (ujian dakwah) membahagikan kumpulan penentang Islam  kepada lima kelompok. Pertama golongan syaitan musuh yang nyata, kedua nafsu, kumpulan kafir Yahudi Nasrani, munafik serta muslim yang hasad serta jahil. Pengkhianat ini termasuk kelompok munafik.

Hakikatnya pengkhianat ini telah sebati daripada sebahagian ujian para pejuang agama. Mereka mungkin menikmati hasil dunia hasil bergelar anjing suruhan musuh agama. Namun di akhirat mereka adalah bahan api neraka Allah. – HARAKAHDAILY 7/8/2024

Penulis ialah pengkuliah agama bertauliah Kunak, Sabah.

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top