Konflik Thailand-Kemboja: Malaysia kekal komited, penggerak keamanan sempadan – Khaled Nordin

Konflik Thailand-Kemboja: Malaysia kekal komited, penggerak keamanan sempadan – Khaled Nordin


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia kekal komited menyokong usaha Thailand dan Kemboja memperkukuh keamanan serta kestabilan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian selepas Malaysia menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) ke-2 antara Thailand dan Kemboja yang diadakan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur, hari ini.

“Sebagai fasilitator, Malaysia kekal komited menyokong kedua-dua negara dalam usaha memperkukuh keamanan dan kestabilan di sepanjang sempadan, selaras dengan semangat persefahaman bersama serta kerjasama serantau di bawah payung ASEAN,” katanya.

Mohamed Khaled turut memaklumkan beliau berpeluang bertemu Menteri Pertahanan Thailand, TYT Natthaphon Narkphanit dan Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, TYT Tea Seiha selepas mesyuarat berkenaan selesai.

“Malaysia berharap agar persetujuan yang dicapai pada hari ini, serta proses damai yang sedang dilaksanakan akan terus dihormati demi menjamin keamanan yang berkekalan di kawasan sempadan,” katanya lagi.

Artikel lain: Bebaskan aktivis GSF mesti ikut saluran diplomatik, bukan ketenteraan – Khaled Nordin

Tambah beliau, penganjuran mesyuarat itu juga mencerminkan peranan aktif Malaysia dalam memupuk keamanan dan kestabilan di rantau ASEAN.

“Malaysia berbangga menjadi tuan rumah dan menjalin hubungan erat dengan dua negara sahabat ini, mencerminkan peranan aktif negara dalam memupuk keamanan dan kestabilan di rantau ASEAN,”ujar beliau.





Source link

OR

Scroll to Top