Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?

Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?


Perkongsian foto sama antara penyanyi popular, Malique Ibrahim dan Zizi Kirana mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Mana tidaknya, perkongsian foto Zizi berlatar belakangkan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak itu menyorot perhatian ramai apabila lokasi sama turut menyerupai foto yang dimuat naik Malique sebelum ini.

Bagaimanapun, Zizi mahupun Malique tidak mengulas lanjut tujuan sebenar mereka ke lokasi sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet  mendakwa penyanyi itu dalam proses menghasilkan naskhah baru bersama.

Malah, ada juga yang berpendapat, kehadiran Zizi dan Malique adalah untuk melawat dan menjalin kolaborasi bersama penyanyi dan komposer, Yassin Sulaiman yang ditempatkan di hospital berkenaan.



Source link

OR

Scroll to Top