Selebriti popular Indonesia yang juga bekas kekasih pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Jefri Nichol kembali mencuri perhatian apabila berkongsi semula hantaran oleh pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.
Menerusi perkongsian di Threads, Nichol menyifatkan pantun yang dihasilkan oleh pengacara program, Malaysia Hari Ini itu sebagai menghiburkan dan mencuit hati.
“Malam hari terdengar ‘paragoy’. Dari jambi sampai kerinci. Dipuja-puja cowok ‘badboy’. Nanti mau nikah, cari yang suci,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyifatkan pantun yang dihasilkan Fedtri itu sebagai salah satu ‘inside joke’ yang hanya difahami kelompok tertentu, sekali gus menambah elemen humor dalam perkongsian tersebut.










