PENGENDALI skuad ragbi 15 sebelah (15s) negara, Mohd Saizul Hafifi Md Noor, menyifatkan konsistensi di setiap posisi Sri Lanka sebagai faktor utama kemenangan pasukan The Tuskers ke atas Bunga Raya dalam aksi playoff Kejohanan Ragbi Asia (ARC) di Stadium Racecourse, Colombo pada Sabtu.
“Dalam perlawanan hari ini (Sabtu), corak permainan Sri Lanka sangat pantas dan tersusun, khususnya di bahagian backline yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk menembusi barisan pertahanan kita.
“Sebaliknya, kita kurang cermat dalam mengawal bola apabila berjaya merampasnya. Pemain gagal mengekalkan penguasaan dalam tempoh yang lama, menyebabkan beberapa peluang tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya selepas perlawanan.
“Jika dilihat kepada keputusan, memang kita tewas dengan margin besar. Namun, saya amat berbangga dengan prestasi semua pemain, terutamanya mereka yang melakukan penampilan sulung.
“Saya juga berharap kombinasi pemain baharu dan senior ini dapat dikekalkan atau diperkasa bagi menghadapi cabaran dalam saingan Divisyen Satu nanti,” katanya.
- 15s, bunga, Konsistensi, Lanka, raya, SRI, tumbangkan
OR