July 23, 2024

Kontinjen Malaysia lulus ujian AUG Surabaya-Malang 2024

Kontinjen Malaysia lulus ujian AUG Surabaya-Malang 2024


KONTIJEN Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 negara mencapai sasaran 35 pingat emas ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selepas HS Sureeya dari kem karate melengkapkan sasaran itu pada Jumaat.

Sureeya membutirkan emas idaman itu selepas mengungguli acara kumite Bawah 60 kilogram (kg) lelaki setelah menumbangkan petarung sensasi Thailand, Chalermporn Piwlaaiad pada perlawanan akhir di Pusat Konvensyen Universiti Islam Malang.

Selain pingat emas Sureeya, lima lagi medal diraih menerusi kuartet 4×400 meter (m) lelaki dan wanita, Muhammad Syafiq Zuber (taekwondo), Muhammad Firdaus Mohd Israj (pencak silat) serta Mohd Rizzua Haizad Muhamad (110m berpagar).

Scroll to Top