Kontroversi Video ‘Sp*nd*r Merah’ Diungkit Semula, Sharifah Sakinah Tenang Bidas Netizen – “Perjalanan Ini Mendidik Saya Jadi Matang”

Kontroversi Video ‘Sp*nd*r Merah’ Diungkit Semula, Sharifah Sakinah Tenang Bidas Netizen – “Perjalanan Ini Mendidik Saya Jadi Matang”


Pelakon, Sharifah Sakinah sekali lagi jadi perhatian apabila membalas ciapan seorang netizen di platform Threads yang mengungkit kisah lamanya.

Menerusi akaun dikenali sebagai @kertashijau, individu berkenaan membangkitkan semula isu video lama Sakinah ketika era aplikasi Keek, yang pernah mengundang pelbagai reaksi netizen suatu ketika dahulu.

Dalam video tersebut, Sakinah secara bersahaja berkongsi mengenai dirinya yang memakai ‘spender’ merah dan gincu merah, sekali gus mencetuskan kontroversi pada waktu itu.

Bagaimanapun, respon Sakinah kali ini dilihat tenang malah seolah-olah ‘menyindir’ situasi berkenaan.

“Saya masih menyimpan memori itu. Jika ditemui, insya-Allah akan saya kongsikan semula,” katanya.

Tambah Sakinah, apa yang dilakukannya ketika itu adalah satu bentuk eksperimen awal dalam dunia digital sebelum trend tersebut menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna media sosial hari ini.

“Dahulu, saya antara yang terawal bereksperimen, sebelum semuanya menjadi arus biasa,” ujarnya.

Tidak hanya itu, Sakinah turut memberi pandangan mengenai sikap segelintir individu masa kini yang dilihat cenderung menghasilkan kandungan semata-mata untuk meraih perhatian.

“Hari ini, ramai memilih jalan perhatian,” katanya ringkas.

Walaupun pernah berdepan kritikan, Sakinah mengakui setiap pengalaman lalu banyak membentuk dirinya menjadi individu yang lebih matang.

“Namun, saya percaya baik atau buruk, segalanya tetap membawa pelajaran.

“Perjalanan ini mendidik saya daripada sekadar hiburan kepada sebuah titik tolak menjadi insan yang lebih matang dan berjaya,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top