KPDN kenal pasti harga kawalan barang menjelang Deepavali

KPDN kenal pasti harga kawalan barang menjelang Deepavali


SERDANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) melaksanakan sesi libat urus untuk mengenal pasti senarai barangan di bawah harga kawalan menjelang sambutan Deepavali.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sesi itu melibatkan industri berkaitan untuk memastikan harga barangan terlibat tidak terjejas semasa perayaan itu.

“Tidak lama lagi saya akan umumkan. Sekarang sedang dalam proses libat urus dengan industri untuk kita kenal pasti dan senaraikan barangan yang sesuai untuk dimasukkan dalam senarai barang dengan harga kawalan.

“Apabila sudah dimuktamadkan dan menerima persetujuan ahli industri, saya akan umumkan,” katanya dalam sidang akhbar sempena program AgroInvest MARDI di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Mengulas isu kenaikan harga sayur, Armizan berkata, kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dijalankan bagi memastikan bekalan sayur-sayuran mencukupi dengan harga terkawal.

“Bagaimanapun, bukan semua sayur kita akan kawal harga. Kita bersama KPKM melihat teliti aspek penawaran bekalan sayur-sayuran khususnya bagi yang sering digunakan oleh pengguna.

“Mengambil kira kepada faktor bekalan yang mencukupi, kita akan pastikan harga adalah pada kadar yang munasabah,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top