KPWKM sedia beri sokongan psikologi terhadap keluarga wanita didakwa bersuami dua

KPWKM sedia beri sokongan psikologi terhadap keluarga wanita didakwa bersuami dua


mdroji@bh.com.my

Kuching: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti sokongan psikologi terhadap keluarga, terutama anak-anak wanita didakwa bersuami dua.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya belum menerima maklumat lengkap isu itu yang kini ditangani pihak berkuasa agama di Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata, langkah berikutnya akan diambil apabila menerima maklumat lengkap kes termasuk hasil siasatan pihak berkenaan.

“Saya baru balik dari luar negara (Turkmenistan) semalam dan belum menerima butiran lengkap kes itu. Insya Allah saya akan mendapatkan maklumat lengkap,” katanya ketika ditemui selepas Program Ceria Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Sumbangan Back to School Sesi Persekolahan 2026, Parlimen Santubong, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita mendakwa abangnya ‘dimadukan‘ oleh isterinya sejak setahun lalu dan didakwa berkahwin dengan suami keduanya di Songkhla, Thailand.

Wanita dikenali Ekin Derahim mendedahkannya menerusi hantaran di Facebook (FB) dan memaklumkan kakak iparnya yang berasal dari Terengganu didakwa berkahwin ketika masih berstatus isteri kepada abangnya.

Perkara itu dikatakan terbongkar pada 6 Disember lalu selepas keluarganya dengan bantuan penduduk kampung ‘menangkap’ wanita berkenaan yang berada di rumah lelaki dikahwininya pada November tahun lalu di Batu 11, Tanah Merah.

JAHEAIK sudah ambil keterangan wanita didakwa ‘memadukan’ suami

JHEAT akan panggil wanita ada 2 suami untuk pengesahan

Kahwin lain ketika masih berstatus isteri langgar hukum syarak- Mufti Pulau Pinang

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top