‘Krisis FAM diharap tidak luntur semangat peminat bola sepak negara’ – Mohammed Taufiq

‘Krisis FAM diharap tidak luntur semangat peminat bola sepak negara’ – Mohammed Taufiq


Mohammed Taufiq yakin semangat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak tidak luntur.

KRISIS yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diharap dapat diselesaikan dengan baik, sekali gus mengembalikan kepercayaan dan persepsi rakyat terhadap sukan bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, di sebalik isu yang berlaku, beliau yakin semangat rakyat Malaysia terhadap sukan itu tidak luntur susulan krisis berkenaan.

Menurutnya, usaha berterusan perlu digerakkan bagi mengembalikan kepercayaan serta persepsi rakyat terhadap bola sepak negara yang sebelum ini menjadi antara sukan paling mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Saya berharap agar semangat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak kita tidak luntur dan kita mampu mengembalikan kepercayaan serta persepsi rakyat terhadap bola sepak negara.

“Sukan bola sepak merupakan antara sukan yang diminati ramai, jadi saya berharap FAM dapat menyelesaikan isu ini dengan baik, teratur, tertib dan penuh hikmah,” katanya.

Beliau mengulas perkembangan semasa membabitkan FAM yang kini menjadi perhatian umum, sekali gus menuntut langkah penyelesaian menyeluruh demi masa depan bola sepak negara.

Mohammed Taufiq ditemui ketika meninjau sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, Jalan Kuala Ketil di sini pada Ahad.

Terdahulu, FAM mengumumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, sebelum ini menjelaskan keputusan itu dibuat secara sebulat suara dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi serta tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.

Ringkasan AI

  • KRISIS di FAM diharap dapat diselesaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap bola sepak negara
  • Menteri Belia dan Sukan yakin semangat rakyat Malaysia terhadap bola sepak tidak luntur
  • Usaha berterusan perlu digerakkan untuk mengembalikan kepercayaan dan persepsi rakyat terhadap bola sepak
  • Bola sepak merupakan sukan yang diminati ramai di Malaysia
  • Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025–2029 telah meletakkan jawatan secara kolektif



Source link

OR

Scroll to Top