“Kritik Dengan Ilmu Bukan Dengan Akhlak Badut” – PU Riz

“Kritik Dengan Ilmu Bukan Dengan Akhlak Badut” – PU Riz

“Kritik Dengan Ilmu Bukan Dengan Akhlak Badut” – PU Riz


Pendakwah dan pelakon, PU Riz menegur segelintir pihak yang gemar mengkritik tanpa asas ilmu dan akhlak, sebaliknya menjadikan celaan serta sindiran sebagai alat untuk menjatuhkan orang lain.

Menerusi hantaran di media sosial, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, menulis pesanan sinis kepada pihak yang gemar memberi komen negatif tanpa memahami konteks sebenar sesuatu perkara.

“Dah kalau tak suka buatlah apa pun, tetap salah. Manusia dan perasaan memang tak boleh dipisah.

“Kalau dah hati membenci sediakanlah sebaik apa pun, tetap juga dengan naratif perosak,” katanya.

Dalam hantaran sama, PU Riz turut menegur sikap segelintir individu yang memperlekeh usaha orang lain melalui jenaka dan sindiran kosong tanpa memberi sebarang sumbangan membina.

“Digula-gulakan usaha kudrat yang ikhlas, di remeh-remehkan dengan lawak jenaka dungu dengan DP ‘Family Man’ dan moto Free Free Palestine. Berakhirlah dengan komne-komen dungu yang sempurna.

“Kritik dengan ilmu bukan dengan akhlak badut,” jelasnya.

Kenyataan PU Riz itu dilihat sebagai teguran umum terhadap sikap segelintir netizen yang terlalu mudah menjatuhkan hukuman di media sosial tanpa memahami niat sebenar seseorang.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, hantaran tersebut bagaimanapun mendapat perhatian ramai yang seakan-akan bersetuju dengan kenyataan pendakwah berkenaan bahawa teguran dan kritikan sepatutnya disampaikan dengan ilmu serta adab, bukan dengan kebencian dan ejekan.



Source link

OR

Scroll to Top