KRW FC belasah Perlis GSA FC 5-0

KRW FC belasah Perlis GSA FC 5-0


KRW FC meraih kemenangan kedua selepas membenam Perlis GSA 5-0 di Kota Bharu pada Sabtu.

KELANTAN Red Warriors (KRW FC) meneruskan rentak kemenangan apabila membelasah Perlis GSA FC 5-0 pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, KRW FC membuka tirai jaringan seawal 30 saat permainan menerusi rembatan deras Wan Mohd Fadzil Ghazali yang gagal diselamatkan penjaga gol Perlis GSA FC, Kamarul Hilmi Adnan.

KRW FC terus mengganas apabila menambah gol kedua pada minit kelima hasil jaringan Zuaasyraf Zulkifli.

Sorakan gemuruh penyokong tuan rumah kembali bergema apabila Emanuel Mbarga meledakkan gol ketiga pada minit ke-26.

Abdul Latiff Suhaimi kemudian menambah derita pasukan pelawat dengan jaringan keempat pada minit-minit akhir babak pertama, sekali gus memberi kelebihan selesa 4-0 kepada KRW FC sebelum rehat.

Memasuki babak kedua, Mbarga sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring apabila menyumbang gol kelima pada minit ke-66.

Tiga minit kemudian, penyerang import itu gagal menyempurnakan sepakan penalti yang sepatutnya melengkapkan hatrik peribadinya.

Keputusan kekal 5-0 hingga tamat perlawanan, menyaksikan KRW FC meraih tiga mata penuh dan terus mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga A1 Semi Pro.

Ringkasan AI

  • KELANTAN Red Warriors (KRW FC) membelasah Perlis GSA FC 5-0 dalam Liga A1 Semi Pro
  • Wan Mohd Fadzil Ghazali membuka jaringan pada 30 saat awal permainan
  • Zuaasyraf Zulkifli dan Emanuel Mbarga antara pemain yang menjaringkan gol
  • Abdul Latiff Suhaimi menambah gol keempat sebelum rehat
  • Mbarga gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk hatrik peribadi



Source link

OR

Scroll to Top