KRW FC, Dunga sepakat tamat kontrak

KRW FC, Dunga sepakat tamat kontrak


Dunga tamatkan kontrak dengan KRW FC.
Foto: Ihsan KRWFC

KELANTAN Red Warrior (KRW) FC dan penyerang import Kenya, Ismael Salim Dunga mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan rasmi kelab, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama antara pengurusan KRW FC, ejen dan pemain berusia 32 tahun itu.

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Ismael Salim Dunga atas segala komitmen dan dedikasinya sepanjang bersama pasukan.

“Kami mendoakan kejayaan beliau dalam karier selepas ini,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Dunga yang dibawa masuk pada saat akhir sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2026/27 ditutup pada 1 September lalu gagal mempamerkan prestasi diharapkan apabila tidak menjaringkan sebarang gol dalam tiga penampilan bersama skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Bekas pemain kelab J3 Jepun, Kamatamare Sanuki itu direkrut bagi memperkukuh jentera serangan KRW FC namun tidak berjaya menyesuaikan diri dengan rentak Liga Super.

Dengan perkembangan ini, KRW FC dijangka menilai semula keperluan mendapatkan penyerang baharu menjelang jendela perpindahan seterusnya bagi memastikan cabaran pasukan dalam saingan liga tidak terjejas.

Ringkasan AI

  • Kelantan Red Warrior dan Ismael Salim Dunga bersetuju menamatkan kontrak secara serta-merta
  • Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama pengurusan KRW FC, ejen dan Dunga
  • KRW FC mengucapkan terima kasih kepada Dunga atas komitmen dan dedikasinya
  • Dunga gagal mempamerkan prestasi diharapkan tanpa gol dalam tiga penampilan
  • KRW FC akan menilai semula keperluan penyerang baharu menjelang jendela perpindahan seterusnya



Source link

OR

Scroll to Top