KELAB Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) membuat kejutan terbesar apabila membawa masuk bekas penyerang berbisa kebangsaan, Norsharul Idlan Talaha atau Mat Yo, bagi memperkuat pasukan dalam menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.Pemiliknya, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, keputusan untuk mengikat Mat Yo dibuat berdasarkan pandangan dan nasihat daripada pengendali pasukan, Irfan Bakti Abu Salim.”KRW FC mengikat Mat Yo selama satu musim. Mat Yo bukan asing dalam kalangan peminat kerana beliau merupakan antara individu yang pernah memacu TRW (The Red Warriors) merangkul kejuaraan trebel pada musim 2012 lalu,” katanya kepada pemberita pada Selasa.Menurutnya, kehadiran Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011 itu dijangka dapat memperkemaskan lagi jentera serangan KRW FC untuk menghadapi saingan musim ini.Ujarnya, Mat Yo juga akan memainkan peranan membimbing pemain muda yang akan beraksi bersama KRW FC nanti.Sebagai rekod, Mat Yo pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebanyak 83 kali dan menjaringkan 14 gol dari tahun 2007 hingga 2021.Dalam perkembangan lain, Nik Hafiz Naim berkata, persiapan KRW FC kini telah mencapai 95 peratus.Menurutnya, ketika ini KRW FC sedang melengkapkan kuota dua pemain import selain mengintai beberapa lagi tonggak berstatus bintang untuk dibawa masuk.Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 menyaksikan penyertaan 16 pasukan iaitu Armed Forces FC, Manjung City FC, Imigresen FC II, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kelantan WTS FC, Kedah FA, Machan FC, Kelantan Red Warriors FC, Bunga Raya FC, Malaysian University Football Team, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi FC (GSA FC) dan FC Seoul Phoenix (Korea Selatan), serta UM-Damansara United.
Source link
