May 24, 2024

Kuala Lumpur 2024 janjikan kelainan berbeza


SAINGAN Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 menjanjikan impak berbeza berbanding edisi sebelum ini dengan pengenalan tiga kategori baharu dalam usaha menyemarakkan kejuaraan sukan tersebut.

Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader berkata, pengenalan tiga kategori baharu itu merupakan tambah nilai kepada anugerah pasukan terbaik sebelum ini.

Jelas Abdul Halim, tekong terbaik, apit kanan terbaik dan apit kiri terbaik merupakan tiga nilai tambah yang akan menambah lagi kemeriahan temasya berkenaan.

“Sepak takraw memasuki era baharu edisi Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 dengan memperkenalkan beberapa perubahan terbaharu.

“Buat pertama kalinya edisi Kuala Lumpur 2024 mewujudkan kategori baharu iaitu anugerah tekong terbaik, apit kanan terbaik dan apit kiri terbaik.

“Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf peranan dimainkan pemain-pemain setiap pasukan,” katanya selepas Majlis Undian Sepaktakraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Sebagai rekod, edisi Kuala Lumpur 2024 dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 18 hingga 26 Mei depan.

INFO

Sepaktakraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2024

Regu Event (Premier)

Grup A

Thailand

Vietnam

Indonesia

Grup B

Malaysia

China

Brunei

Grup C

Korea Selatan

Filipina

Singapura

Grup D

India

Jepun

Myanmar

Regu Event (Divisyen Satu)

Grup A

Jerman

Perancis

Nepal

Iran

Grup B

Bangladesh

Pakistan

Sri Lanka

Taiwan

Arab Saudi

Double Event (Divisyen Satu)

Grup A

Bangladesh

Nepal

Taiwan

Sri Lanka

Grup B

Arab Saudi

Perancis

Iran

Jerman

Pakistan

Double Event (Premier)

Grup A

Jepun

Brunei

Malaysia

Grup B

China

Vietnam

India

Grup C

Myanmar

Filipina

Indonesia

Grup D

Thailand

Singapura

Korea Selatan

Team Event (Premier)

Grup A

Indonesia

Vietnam

Singapura

Grup B

India

Thailand

China

Grup C

Brunei

Jepun

Malaysia

Grup D

Myanmar

Filipina

Korea Selatan



Source link

OR

Scroll to Top