Kuasa Tahajud! Anak Sharifah Zarina peroleh 8A dalam SPM -“Kerja keras terbalas”

Kuasa Tahajud! Anak Sharifah Zarina peroleh 8A dalam SPM -“Kerja keras terbalas”


Kejayaan anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina Wan Hassan dalam SPM 2025 menjadi inspirasi apabila berjaya meraih keputusan cemerlang selepas melalui pelbagai cabaran.

Doa dan usaha tak sia-sia

Ariana Deena atau Adeena membuktikan usaha dan doa tidak pernah sia-sia apabila memperoleh 8A 1B+, sekali gus membanggakan keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adeena sempat berkongsi amalan yang menjadi kekuatannya sepanjang menghadapi peperiksaan tersebut.

“Kekuatan solat tahajud. Alhamdulillah.
“Usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Lapan bintang emas ini adalah hadiah kecil buat ibu bapa, guru-guru dan sahabat yang sentiasa setia di sisi sepanjang perjalanan ini.
“Pernah suatu ketika dahulu, seorang guru melabel saya sebagai ‘pelajar lemah’.
“Katanya, saya hanya tahu bergaya di Instagram, menyanyi di pentas dan hanyut dalam dunia influencer. Hari ini, semoga dia melihat yang saya telah membuktikan sebaliknya.
“Buat diri sendiri, teruskan melangkah. Terbang tinggi walau tanah di kaki, akunku cari langit.

“Ini baru permulaan. Masih banyak yang menanti di hadapan, dan saya yakin saya mampu melangkah lebih jauh,” titipnya.

Pernah diperlekeh hingga hilang semangat ke sekolah

Dalam masa sama, Sharifah Zarina mendedahkan anaknya pernah melalui fasa sukar termasuk diperlekeh sehingga hilang semangat untuk ke sekolah.

“Alhamdulilah Syukran Laka Rabbi. Tahniah anak @arianabuswani 8A’s 1B+.
“Dia menangis teresak-esak, bukan hanya kerana kejayaan yang diraih, tetapi kerana luka yang dipendam sekian lama.
“Selama ini, dia pernah diperlekeh dan menerima kata-kata yang menyakitkan daripada beberapa orang guru hanya kerana dia aktif dalam aktiviti sekolah. Keadaan menjadi semakin teruk sehingga dia hilang semangat untuk ke sekolah.
“Bayangkan perasaan seorang anak yang sepatutnya berasa selamat di tempat menuntut ilmu, tetapi dia sebaliknya terluka.
“Tanpa berlengah, keputusan dibuat. Dalam tempoh kurang tiga hari, saya pindahkan dia ke sekolah baharu. Ternyata, itu adalah keputusan yang paling tepat.
“Hari ini, air mata itu bukan lagi kerana kesedihan tetapi tanda kekuatan, ketabahan dan kemenangan yang akhirnya berpihak kepadanya ,” kongsinya.

Artikel lain: “Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal al-Quran..”- Aidid Marcello syukur anak peroleh 8A SPM

Sekadar info, Sharifah Zarina dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Athalia Deena, Ariana Deena dan Alfenriz Habeeb hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Buswani Abdillah.

Sumber: Instagram sharifahzarina, arinabuswani





Source link

OR

Scroll to Top