Keakraban antara pelakon, Fazura dan rakan selebriti, Rita Rudaini meraih sorotan ramai di media sosial.
Menerusi sebuah video tular di platform Threads, seorang individu menyifatkan Fazura dan Rita memberikan inspirasi dan kekuatan wanita untuk bangkit setelah melalui ujian rumah tangga.
“Love sangat mereka berdua. Keduanya wanita besi yang hebat. Perjalanan hidup mereka sangat memberi inspirasi keapda para wanita untuk bangkit.
“Bangkit dari kegagalan rumah tangga dan berdiri megah sebagai wanita yang kuat dan berjaya seperti hari ini,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Fazura dan Rita yang dianggap sebagai figura wanita besi.







