Kuching City benam Kedah di Stadium Negeri

Kuching City benam Kedah di Stadium Negeri


Ramadhan Saifullah meledak jaringan kedua Kuching City di Stadium Negeri pada Rabu. Foto MFL

KUCHING City FC meraih kemenangan besar 3-0 ke atas Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada Rabu.

Kemenangan ini memberikan tiga mata berharga buat Kuching City sekali gus melonjakkan kedudukan The Cats ke tangga keempat liga dengan 33 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.

Sebaliknya, kekalahan ini menyaksikan Kedah Darul Aman kekal di tangga ke-11 liga dengan 20 mata selepas 20 perlawanan.

Kuching City mempamerkan semangat juang yang tinggi di hadapan penyokong sendiri, menguasai permainan sejak awal babak pertama.

Hasilnya, Hazwan Bakri berjaya memecah kebuntuan dengan gol pada minit ke-44 untuk tuan rumah memimpin separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Kuching City meneruskan asakan mereka hasilnya Ramadhan Saifullah berjaya menambah jaringan pada minit ke-58, mengukuhkan kedudukan tuan rumah.

Kedah Darul Aman cuba bangkit, namun gagal menembusi benteng pertahanan Kuching City yang berdisiplin tinggi.

Pada masa tambahan, Jordan Mintah melengkapkan kemenangan bergaya Kuching City dengan gol ketiga, memastikan tiga mata penuh menjadi milik tuan rumah.



Source link

OR

Scroll to Top