Kucing cakar kerusi jiran

Kucing cakar kerusi jiran





– Advertisement –

Soalan:

Kucing saya telah masuk ke rumah jiran kemudian mencakar sofa di ruang tamu sampai koyak. Benarkah dalam masalah ini tuan kucing kena bayar ganti rugi?

– Advertisement –

Jawapan:

Jika haiwan yang ada pemiliknya merosakkan harta orang maka kewajipan membayar ganti rugi adalah ke atas pemilik haiwan tersebut.

Berkata Imam Nawawi:

أصحهما عندهم، وبه يُفتى: أنه يجب ضمان ما أتلفت، سواء كان صاحبها معها أم لا، وسواء أتلفت ليلًا أو نهارًا؛ لأن عليه حفظَها وربطها

Ertinya: “Pendapat yang paling sahih di sisi ulama yang dengannya difatwakan sungguhnya wajib ganti apa yang dirosakkan oleh haiwan itu sama ada tuan haiwan itu ada bersama atau tidak dan sama ada dirosakkan pada waktu malam atau siang kerana sungguh atas tuannya kewajipan memeliharanya dan mengikatnya.” (Kitab Fatawa An-Nawawi)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 18/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!





Source link

OR

Scroll to Top