PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih dalam proses mengumpulkan maklumat berhubung satu gerakan kultus dari Korea Selatan yang dipercayai mula menular di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini, ia masih di peringkat mengumpul maklumat.
“Saya masih mengumpulkan maklumat lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Kembali ke Sekolah anjuran Puspanita KDN di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, KDN mengesan satu gerakan kultus melibatkan tokoh tempatan dan perkara itu kini berada dalam radar pasukan keselamatan negara.
Sebelum ini juga, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mendakwa, gerakan itu mengggunakan gelaran ‘Jesus’ terhadap tokoh tertentu yang merujuk kepada ketaatan melampau kepada individu berkenaan. – UTUSAN





