Kunjungan 'maut' City ke Anfield?

Kunjungan 'maut' City ke Anfield?

Kunjungan 'maut' City ke Anfield?


Kehadiran Manchester City ke Anfield untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tengah malam ini boleh bertukar menjadi pukulan maut kepada misi merebut kejuaraan liga dan jika Arsenal muncul juara, mereka wajar berterima kasih kepada Liverpool kerana menutup terus peluang City lebih awal.

Namun, tidak semudah itu buat skuad tuan rumah susulan skuad kendalian Pep Guardiola pasti akan berjuang bermati-matian untuk kemenangan kerana menyedari keputusan selain daripada itu boleh menyebabkan mereka melupakan trofi EPL yang dijangka jatuh ke pangkuan Arsenal.

The Gunners selaku pendahulu kini semakin cemerlang di takhta dan selesa dengan sembilan mata di depan City sekali gus peluang terbaik untuk anak buah Mikel Arteta menamatkan sekian lama kemarau kejuaraan EPL.

Bagi Liverpool pula, kemenangan adalah wajib jika mahu mengintai kedudukan keempat terbaik. Anak buah Arne Slot tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana setakat ini persaingan merebut slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan terlalu sengit.

Apatah lagi dengan kemajuan ketara ditunjukkan Manchester United selepas dikendalikan Michael Carrick yang melonjak ke tangga keempat. Red Devils meninggalkan Chelsea dengan 1 mata di tangga ke-5 manakala manakala Liverpool di tangga keenam, lima mata di belakang United.

Mengekori rapat di belakang Liverpool ialah Brentford yang memiliki jumlah mata sama 39 tetapi berkelebihan jaringan disusuli Brentford dan Sunderland yang masing-masing berada di tangga ke-8 dan 9.

Justeru, tiada pilihan lain selain tiga mata wajib diraih The Reds ketika melayan City malam ini dan misi itu mampu direalisasikan susulan rekod City yang buruk di tempat lawan.

Gelanggang keramat Liverpool itu adalah yang paling sukar untuk anak buah Guardiola selepas hanya mencatat satu kemenangan di Anfield sejak beliau mengambil alih pasukan pada Februari 2021 ketika perlawanan berlangsung tanpa penyokong susulan sekatan pandemik.

Secara keseluruhan, City hanya menang sekali dalam 22 perlawanan terakhir ke Anfield, tewas 14 kali dan seri tujuh kali sekali gus memberi petanda kubu Liverpool itu akan terus menjadi badi kepada pelawat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top