September 8, 2024

‘Label notis merah’ untuk pelanggan ada tunggakan- Air Selangor

‘Label notis merah’ untuk pelanggan ada tunggakan- Air Selangor


KUALA LUMPUR- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial, diguna pakai oleh pihaknya.

Dalam satu hantaran di Facebook malam ini, syarikat itu menjelaskan, label berkenaan digunakan untuk pelanggan yang mempunyai tunggakan bil.

Katanya, bagi pelanggan yang menerima label notis tersebut namun tidak mempunyai tunggakan bil, mereka boleh menghubung Air Selangor di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre yang boleh didapati menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Terdahulu, tular di laman sosial dakwaan pengguna yang memaklumkan bekalan air terhenti secara tiba-tiba.

Individu itu kemudian keluar untuk memeriksa dan ternampak tanda merah terbabit.-MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top